Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) Felda Redong dan juga Wanita UMNO Felda Redong telah mengadakan Baraan yang bermula dari 3 Julai 2017 sehingga 20 Julai 2017 yang lalu. Baraan ialah istilah jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya. Baraan adalah tradisi orang Jawa yang telah dipraktikkan sehingga kini di komuniti Felda Redong.

 

Baraan kali ini berkunjung ke rumah-rumah pemimpin tempatan, rumah ketua blok, staff felda dah juga ahli tertinggi UMNO Felda Redong. Mereka akan bergaya dengan pakaian raya yang lengkap. Dalam melakukan ziarah atau kunjungan dari sebuah rumah  ke sebuah rumah sama ada secara berjalan kaki atau bermotor dan mereka bersalam-salaman bermaaf-maafan antara satu sama lain. Kesempatan ini juga digunakan untuk menjenguk sahabat handai dan rakan taulan yang sihat mahupun yang sudah uzur.

 

Namun budaya baraan ini sebenarnya antara aktiviti yang menjadikan sambutan raya di Felda Redong sememangnya meriah.  Tradisi baraan ini seharusnya terus dikekalkan dan dipertahankan untuk menyemarakkan lagi sambutan hari raya dan menyemai jati diri serta mengeratkan silatulrahim di kalangan komuniti setempat.


 

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran  anjuran Persatuan Wanita Felda Redong (GPW) bersama Wanita UMNO Cawangan Felda Redong 1 dan 2 telah diadakan di Masjid Nurul Falah Felda Redong . Majlis ini berlangsung pada  14 Juan 2017 (Rabu) dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 4.00 petang.

 

Majlis Tadarus Dan Khatam Al-Quran diadakan sempena  Ramadhan Al-mubarak kali ini. Sambutan kali ini agak menggalakan dengan kehadiran lebih kurang 200 orang ahli. Majlis ini dibimbing oleh Tuan Haji Mohd Amin Bin Talib, Imam 1 Felda Redong dan turut hadir pemangku Ketua Peneroka, En Mohamad bin Leman.

 


 

Majlis yasin dan tahlil anjuran Persatuan Wanita Felda Redong (GPW) bersama Wanita UMNO Cawangan Felda Redong 1 dan 2 telah diadakan di Masjid Nurul Falah Felda Redong . Majlis ini berlangsung pada  24 Mei 2017 (Rabu) dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 4.00 petang.

 

Majlis yasin dan tahlil ini diadakan sempena menyambut kedatangan Ramadhan Al-mubarak kali ini. Sambutan kali ini agak menggalakan dengan kehadiran lebih kurang 200 orang ahli. Majlis ini diketuai oleh Tuan Haji Mohd Amin Bin Talib, Imam 1 Felda Redong dan turut hadir pemangku Ketua Peneroka, En Mohamad bin Leman.


    

Pada 8 Februari 2017 (Rabu), Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) Felda Redong  telah mengadakan Kelas Masakan Prawns Cheezy Ball dengan kerjasama Unit Pendidikan Kemahiran Pusat Masakan KEMAS Kawasan Sekijang. Kelas tersebut telah diadakan di Wisma Peneroka Felda Redong.

  

Kelas Masakan Prawns Cheezy Ball ini telah diikuti oleh Ketua dan Penolong Ketua Blok Wanita serta beliawanis Felda Redong dan juga pengiat masyarakat (kakitangan TADIKA KEMAS Felda Redong).Kelas pada kali ini diajar  oleh Puan Hjh Naemah.

   

Tujuan kelas ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan di antara komuniti Felda Redong dengan Kemas Kawasan Sekijang. Selain itu juga, ia merupakan promosi kelas masakan yang dianjur oleh Unit Pendidikan Kemahiran Pusat Masakan KEMAS Kawasan Sekijang kepada komuniti Felda Redong