Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) Felda Redong dan juga Wanita UMNO Felda Redong telah mengadakan Baraan yang bermula dari 3 Julai 2017 sehingga 20 Julai 2017 yang lalu. Baraan ialah istilah jawa yang bermaksud berjalan atau ziarah beramai-ramai dalam kumpulan pada hari raya. Baraan adalah tradisi orang Jawa yang telah dipraktikkan sehingga kini di komuniti Felda Redong.

 

Baraan kali ini berkunjung ke rumah-rumah pemimpin tempatan, rumah ketua blok, staff felda dah juga ahli tertinggi UMNO Felda Redong. Mereka akan bergaya dengan pakaian raya yang lengkap. Dalam melakukan ziarah atau kunjungan dari sebuah rumah  ke sebuah rumah sama ada secara berjalan kaki atau bermotor dan mereka bersalam-salaman bermaaf-maafan antara satu sama lain. Kesempatan ini juga digunakan untuk menjenguk sahabat handai dan rakan taulan yang sihat mahupun yang sudah uzur.

 

Namun budaya baraan ini sebenarnya antara aktiviti yang menjadikan sambutan raya di Felda Redong sememangnya meriah.  Tradisi baraan ini seharusnya terus dikekalkan dan dipertahankan untuk menyemarakkan lagi sambutan hari raya dan menyemai jati diri serta mengeratkan silatulrahim di kalangan komuniti setempat.