Bertempat di Wisma Peneroka Felda Redong telah diadakan pertandingan memasak, gubahan bunga dan kuih yang dilangsungkan pada 4 April 2018 yang lalu. Pertandingan memasak, gubahan bunga serta kuih ini terbuka kepada komuniti setempat.

Tema bagi pertandingan memasak adalah asam pedas dan bagi kuih adalah kuih bingka(bakar). Manakala bagi gubahan bunga pula berasaskan bahan semula jadi dan kitar semula. Selain itu juga, turut diadakan kelas bagi mendeko kek.

Pertandingan kali ini telah diadili oleh Puan Hj Naemah dan Puan Wan Noraini Bin Wan Omar dari Unit Pendidikan Kemahiran Pusat Masakan KEMAS Kawasan Sekijang. Program ini merupakan program berkala yang sering kali dianjurkan oleh Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) Felda Redong yang mana sebelum ini telah membuat kelas Masakan Prawns Cheezy Ball. Semoga melalui pertandingan ini dapat mencungkil bakat-bakat dalam komuniti setempat.