Program Jualan Sentuhan Rakyat (2) Parlimen Sekijang telah diadakan di perkarangan Masjid Nurul Falah Felda Redong pada 26 Februari 2018(Isnin) yang lalu dari jam 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi dengan matlamat dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat dan mendorong peniaga untuk turunkan harga barangan keperluan.
Program anjuran bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Segamat berkonsepkan jualan mega "mesra rakyat" menawarkan harga yang lebih murah dari pasaran dan berkualiti agar dapat membantu kepada komuniti setempat.
Puan Hajah Rahana Binti Hj Mohamed merupakan Penyelaras Pengguna Parlimen (PPP) KPDNKK Parlimen Sekijang telah membawa program ini ke komuniti Felda Redong. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj Anuar Bin Manap, Ahli Parlimen Sekijang. Turut hadir ke majlis tersebut adalah En Mohd Nazri Bin Sarian, Ketua Cawangan KPDNKK Segamat.
Penganjuran program ini turut mendapat kerjasama Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) serta pasar raya besar seperti ECONSAVE Segamat, MASRI dan Faiza.