Pada 12 Ogos 2017 yang lalu, KEM Nak Sihat peringkat daerah Segamat 2017 telah diadakan di Dewan Serbaguna Felda Redong. KEM Nak Sihat 2017 adalah anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Segamat dengan kerjasama Pengurusan Felda Redong dan juga Sekolah Kebangsaan Felda Redong.Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah.

Majlis disempurnakan oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah di Dewan Serbaguna Felda Redong, Labis.

 

KEM Nak Sihat  untuk membudayakan cara hidup sihat menerusi aktiviti fizikal dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya golongan belia. Ia menggunakan pendekatan menggembeling penyertaan belia secara besar-besaran dalam aktiviti fizikal dan mewarwarkannya melalui media perdana untuk memberi kesedaran dan meningkatkan minat belia untuk hidup aktif.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti berikut:-

1. Lawatan ke rumah oleh pasukan perubatan.

     - lawatan ke rumah pesakit kronik dan terlantar dari pasukan perubatan(pelbagai disiplin)

2. Promosi dan saringan

    -saringan kesihatan

    -promosi perkhidmatan kesihatan dan perubatan

    -promosi cara hidup sihat.

3.Aktiviti lain.

    -senamrobik

    -Fun run

    -sukaneka(dewasa)

    -Explorace Kelab Doktor Muda

    -Dapur Sihat Felda

    -Pertandingan Mewarna kanak-kanak

Gambar selanjutnya 


Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong telah berlangsungnya Program Pemeriksaan Kesihatan Warga Emas. Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 19 Mei 2017, Jumaat yang lalu dengan memberi  lebih fokus kepada warga emas Felda Redong kerana rata-rata peneroka asal sudah menjangkaui warga emas.

 

Program Pemeriksaan Kesihatan Warga Emas ini telah dianjurkan oleh Kelab 10Ribu Langkah Felda Redong dengan kolaborasi diantara Klinik Desa Felda Redong, Klinik Kesihatan Labis dan juga Hospital Segamat.

 

Program Pemeriksaan Kesihatan Warga Emas ini diisi dengan senamerobik diikuti Program 10 Ribu Langkah mengelilingi kawasan perkampungan Felda Redong. Selain itu juga, diadakan pameran kesihatan kepada umum serta pemeriksaan kesihatan secara percuma kepada komuniti setempat. Ceramah kesihatan warga emas telah disampaikan oleh doktor pakar tulang Horpiatal Segamat.

 

 


Kesihatan merupakan salah satu perkara penting untuk kita terus menjalani kehidupan yang bermakna.  Oleh yang demikian, sebuah  Klinik Kesihatan Desa di Felda Redong 1 telah dibina pada tahun 1989,  dan siap sepenuhnya pada  Julai 1990. Kini, Klinik Kesihatan Desa mempunyai 2 orang jururawat desa yang memberikan perkhidmatan  kepada  penduduk Felda Redong 1 dan juga kepada penduduk kampung  yang berhampiran iaitu Kampung Segamat Kecil.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh Klinik Kesihatan Desa ialah :

  • Kesihatan keluarga.
  • Penilaian kesihatan keluarga terutamanya ibu hamil, ibu pos natal dan menyusukan bayi.
  • Perkhidmatan perbidanan di rumah.
  • Pencegahan dan kawalan rebakan penyakit berjangkit.

    

 

Klinik ini dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.30 pagi hingga jam 4.30 petang. Selain itu, klinik ini juga menyediakan perkhidmatan pesakit luar dan perkhidmatan bagi ibu mengandung serta kanak-kanak.