Program GORO membanteras Penularan Penyakit Demam Denggi di Felda Redong Segamat bersama COMBI Daerah Segamat, Pengurusan Felda Redong, UPK & Team Klinik Kesihatan Labis telah berlangsung pada 23 Oktober 2019 yang lalu.

Majlis telah dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh jurulatih senamrobik dari Pejabat Kesihatan Daerah Segamat. Kemudian disusuli dengan ucapan perasmian program serta taklimat ringkas berkaitan dengan penyakit demam denggi dan ikuti dengan aktiviti gotong royong disekitar Felda Redong yang dibahagi mengikut zon.

Selain itu juga diadakan cabutan bertuah kepada peserta mengikuti program kali ini dan diadakan sesi bergambar di akhir program sebagai kenang-kenangan.

Diharap dengan melalui aktiviti ini dapat memberikan kesedaran betapa bahaya penyakit demam denggi dan bersama-sama menjaga persekitaran dengan membudayakan cara hidup sihat.  Melalui program ini sebenarnya, dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan penduduk Felda Redong.