Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong telah berlangsungnya Program Gotong-Royong Wabak Denggi dan Pelancaran Pasukan Taskforce “Smash Aedes” daerah Segamat pada 5 Julai 2020.
 
Program ini melibatkan jabatan-jabatan utama serta penduduk sekitar Felda Redong. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nasri Bin Md Ali,  Pegawai Daerah Segamat juga telah melancarkan Pasukan Taskforce “ Smash Aedes” peringkat  daerah Segamat.
 
Pasukan Taskforce " Smash Aedes" ini  bertindak sebagai frontliners bagi menangani kes wabak denggi di daerah. Ianya adalah satu inisiatif dari Tuan Pegawai Daerah sendiri bagi membentuk kerjasama dan pasukan yang mantap bagi membendung isu Denggi di daerah.
 
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua Jabatan yang terlibat serta penduduk Felda Redong yang bersama-sama menjayakan gotong royong pada hari ini.