Penganjuran Program JOM Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cawangan Segamat Bersama Komuniti Parlimen Sekijang telah diadakan pada 26 Februari 2018 (Isnin) di perkarangan Masjid Nurul Falah Felda Redong.
Program yang dijalankan dari 9.00 pagi sehingga 4.00 petang ini mendapat sambutan daripada komuniti Felda Redong dan sekitarnya. Pada 26 Februari 2018 di Masjid Nurul Falah Felda Redong juga dilangsungkan dengan pelbagai program yang lain seperti Jualan Sentuhan Kasih (2) Parlimen Sekijang, Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Rancangan Felda Redong serta Majlis Akikah Perdana.
Antara aktiviti yang ditawarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Segamat kepada komuniti setempat adalah:-
- Pengurangan kompaun saman
- Pemeriksaan motorsikal percuma
- Pameran dan khidmat nasihat
- Pembaharuan lesen memandu
- Pendaftaran id MySikap.
Program ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada penduduk setempat bagi menjelaskan saman tertunggak pada harga diskaun serta untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan yang lain.
http://feldaredong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/keselamatan/307-program-jom-jpj-cawangan-segamat-bersama-komuniti-parlimen-sekijang#sigFreeIdabfe4151f9