Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong telah berlangsungnya dua majlis di dalam satu masa yang sama pada 10 Mac 2019 yang lalu. Bagi sesi yang pertama telah diadakan majlis sambutan perpisahan En Shamsuddin staf Pejabat Felda Redong yang berpencen secara rasmi. Pengerusi majlis pada malam ini adalah Ustaz Muhammad  Hadi Bin Mahruf. Majlis dimulakan dengan bacaan doa disusuli dengan ucapan terima kasih dari Tuan Haji Amat Jupri Bin Dakir, Timbalan Pengerusi JKKR Felda Redong merangkap Ketua Peneroka Felda Redong.  Kemudian diikuti dengan ucapan yang diraikan iaitu En Shamsuddin dan majlis makan malam serta diiikuti dengan majlis penyampaian hadiah kepada Encik Shamsuddin untuk kenang-kenangan dari NGO yang terdapat di Felda Redong.

Seterusnya diadakan majlis penyampian watikah perlantikan kepada ketua-ketua blok lelaki dan wanita yang baru bagi sesi 2018/2021. Majlis telah disempurnakan oleh En Syarifuddin wakil daripada Pejabat Felda Redong kepada semua ketua-ketua blok lelaki dan wanita. Akhir majlis, telah diadakan majlis sesi bergambar bagi kenang-kenangan.


Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong telah berlangsungnya Majlis Perpisahan En Rosli Bin A. Majid, Pengurus Felda Redong. Majlis telah diadakan pada 6 Januari 2019 (Ahad) pada pukul 8.30 malam dianjurkan oleh Pihak JKKR Felda Redong dengan Pengurusan Felda Redong.

Jemputan bagi meraikan majlis perpisahan En Rosli A. Majid, Pengurus Felda Redong yang telah bersara wajib terdiri daripada NGO yang terdapat di Felda Redong seperti Badan Masjid Nurul Falah, BKKK Felda Redong, D'Mart Felda Redong, PEDi Felda Redong dan lain-lain lagi. Turut hadir bagi meraikan masjis tersebut adalah YB Dr Sulaiman Bin Mohd Nor, ADUN Kemelah.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada En Rosli A Majid atas sumbangan dan penglibatan beliau di komuniti Felda Redong. Majlis Perpisahan Pengurus ini dimulakan dengan perarakan masuk oleh En Rosli A Majid diikiuti dengan makan malam dengan diiringi dengan persembahan. Kemudian disusuli dengan ucapan dari Tuan Haji Amat Jupri Bin Dakir, Ketua Peneroka merangkap Timbalan Pengerusi JKKR Felda Redong memberi ucapan terima kasih kepada Pengurus dan diikuti dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh Pengurusan Felda Redong. Selepas itu, ucapan daripada En Rosli A Majid, Pengurus Felda Redong dan disusuli dengan pemberian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.


Pada 7 November 2018 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Malam Jasamu Dikenang yang dikelolakan oleh Pengurusan Felda Redong dengan JKKR Felda Redong dengan bertemakan retro 60an dan 70an.

Majlis Malam Jasamu Dikenang bagi menghargai penglibatan dan sumbangan dari mantan ketua blok lelaki dan wanita dan Ketua JKKR Felda Redong serta ahli jawatankuasa badan-badan NGO yang lain seperti Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong dan KAF Felda Redong bagi sesi 2014 hingga 2018.

Majlis Malam Jasamu Dikenang ini dihadiri oleh mantan serta ahli perlantikan yang baru bagi  Ketua blok serta ahli jawatan kuasa badan-badan NGO yang lain. Majlis ini ibarat seperti majlis penyerahan tugas dari yang lama kepada yang baru serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan komuniti setempat.

Majlis Malam Jasamu Dikenang ini diisi dengan pelbagai persembahan dari badan -badan NGO yang terdapat di Felda Redong. Majlis Malam Jasamu Dikenang itu telah dirasmikan dan penyampaian sijil penghargaan oleh YB Sulaiman Bin Mohd Nor, ADUN Kemelah. 

 


Pada 11 November 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tujuh kementerian serta pelbagai agensi lain melalui Psaukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kementeruan mengambil inisatif mengadakan program "Gotong-royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat 2018" yang dijalankan di seluruh negara. Tindakan proaktif ini adalah kerana analisa Kementerian Kesihatan Malayisa (KKM) berdasarkan tren lima (5) tahun menunjukkan akan berlaku peningkatan kes Denggi pada akhir tahun ini. Selain itu, sejak (5)minggu kebelakangan ini, telah terdapat peningkatan 6% hingga 9% kes Denggi setiap minggu.

Bagi peringkat Daerah Segamat, Felda Redong menjadi tuan rumah untuk kempen Gotong-royong Mega 2.0   Perangi Aedes Peringkat Daerah Segamat 2018 anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Segamat  dengan kerjasama Pengurusan Felda Redong. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Felda Redong  dan dirasmikan oleh Tuan Hj Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Segamat.

Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dengan dimulai dengan senamerobik disusuli dengan pembahagian kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti gotong-royong. Selain itu juga terdapat pameran dari Pejabat Kesihatan Segamat mengenai Perangi Aedes.  Matlamat program gotong-royong ini bertujuan untuk menceriakan dan memperindahkan lagi kawasan komuniti Felda Redong serta mewujudkan persekitan yang kondusif dan secara tidak langsung ia dapat mencegah wabak denggi daripada terus menular.


Bil

Nama

Jawatan

1.

Rosli A Majid

Pengerusi

2.

Hj Amat Jupri Bin Dakir

Timbalan Pengerusi  (Pkt 1/11)

3.

Hj Mohd Diah Bin Md Shah

Setiausaha (Pkt 1/12)

4.

Mohd Parjan Bin Sakiyo

Bendahari (Pkt 1/4)

5.

Arman Bin Abdullah

Ketua Blok (PKt 1/1)

6.

Piee Bin Abd Kadir

Ketua Blok (Pkt 1/2 )

7.

Md Noor Bin Abu Bakar

Ketua Blok  Pkt 1/3)

8.

Mohd Iyni Bin Salleh

Ketua Blok (Pkt 1/5)

9.

Husin Bin Mohamed

Ketua Blok (Pkt 1/6)

10.

Jakaruddin Bin Hashim

Ketua Blok (Pkt 1/7)

11.

Md Dardak Bin Tukiman

Ketua Blok (Pkt 1/ 8)

12.

Saim Bin Nasran

Ketua Blok (Pkt 1/9)

13

Hj Jamian Bin Kasijan

Ketua Blok (Pkt 1/10)

14.

Hj Dahkimau Bin Sohkerumu

Ketua Blok (Pkt 1/13)

15.

Rethuan Bin Montil

Ketua Blok (Pkt 2/1)

16.

Salehan Bin Tukiran

Ketua Blok (Pkt 2/2)

17.

Ganti Bin Hakim

Ketua Blok (Pkt 2/3)

18.

Othman Bin Ghani

Ketua Blok (Pkt 2/4)

19.

Rakijan Bin Pahing

Ketua Blok (Pkt 2/5)

20.

Hj Amat Bin Ngadiman

Ketua Blok (Pkt 3/1)

21.

Abd Kadir  Bin Md Zin

Ketua Blok (Pkt 3/2)

22.

Hati @ Mohd. Hadi Bin Karman

Ketua Blok (Pkt 3/3)

23.

Hj Sairan Bin Maarof

Ketua Blok (Pkt 4/1)

24.

Hj Sangidu Bin Kasiman

Ketua Blok (Pkt 4/2)

25.

Manap Bin Amir

Ketua Blok (Pkt 4/3)

26.

Ismail Bin Daud

Ketua Blok (Pkt 4/4)

27.

Hj Hamsan Bin Abd Ghani

Ketua Blok (Pkt 4/5)

28.

Raman Bin Johari

Ketua Blok (Pkt 4/6)

29.

Abu Samat Bin Ismail

Ketua Blok (Pkt 4/7)

30.

Sarji Bin Sagiman

Ketua Blok (Pkt 4/8)