Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 peringkat Rancangan Felda Redong telah diadakan pada 5 Julai 2018 (Khamis) di Dewan Serbaguna Felda Redong 1. Penganjuran kali ini melibatkan anjuran bersama Pengurusan Felda Redong, JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong, Persatuan Belia Felda Redong, KAF Felda Redong, BKKK Felda Redong serta Koperasi Felda Redong.

Konsep sambutan kali ini berbentuk gerai-gerai makanan yang diuruskan oleh NGO yang terdapat di Felda Redong. Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 bermula dari 11.30 pagi sehingga 3.00 petang yang telah dihadiri penduduk komuniti sendiri serta jemputan khas. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan kehadiran YB Dr Sulaiman Mohd Nor, Adun Kemelah.


Majlis solat hajat dan kenduri sekampung telah diadakan di Masjid Nurul Falah Felda Redong anjuran Yayasan Muafakat dengan kerjasama JKKR Felda Redong dan Badan Masjid Nurul Falah pada 8 Mei 2018

Majlis solat hajat ini turut dihadiri oleh Tuan Hj Anuar Abd Manap, selaku pengerusi Yayasan Muafakat. Turut hadir wakil Pengarah Besar  Felda iaitu En Saifullah, pengarah gedung makanan negara. 

Pelbagai aktiviti turut diadakan bagi mengisi perjalanan program dengan aktiviti penanaman pokok durian musang king dan pokok kelapa matag di sekeliling kawasan perkampungan Felda Redong sebanyak 250 batang pokok. Selain itu juga, program ziarah kasih juga diadakan bagi melawat ke rumah pesakit kronik dan uzur di kawasan komuniti Felda Redong.


Majlis Sambutan Maulidur Rasul tahun 2018 peringkat rancangan Felda Redong telah diadakan pada 26 Februari 2018 (Selasa) bersamaan dengan 10 Rabiulakhir 1439Hijrah bertempat di Dewan Solat, Masjid Nurul Falah Felda Redong. 

Sambutan ini dimulakan dengan majlis perarakan dan selawat bermula di SK Felda Redong seawal pukul 7.45 pagi menuju ke Masjid Nurul Falah, Felda Redong. Sambutan ini merupakan kerjasama dengan ahli gabungan badan-badan NGO yang terdapat di Felda Redong dan Parlimen Sekijang di antaranya Pengurusan Felda Redong, Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong, SK Felda Redong,SK Segamat Kecik, Sekolah Agama Felda Redong, JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong, Persatuan Belia Felda Redong dan lain-lain.

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2018 Peringkat Rancangan Felda Redong telah dirasmikan oleh YBhg Dr Hj Khalid Bin Hj Jusoh,Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta'zim. Majlis dimeriahkan lagi dengan beberapa pertandingan yang melibatkan pelajar sekolah Felda Redong iaitu pertandingan hafazan, azan dan tulisan khat yang diadakan di Masjid Nurul Falah.

Dengan kehadiran dan sokongan komuniti Felda Redong serta kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan majlis ini secara tidak langsung memeriahkan lagi majlis tersebut. Dalam masa yang sama dapat mengeratkan hubungan silaturahim penduduk setempat dengan aktiviti bergotong royong dan pelbagai lagi. Diharap semangat perpaduan dan muafakat dalam komuniti ini dapat dikekalkan pada masa akan datang. Ini berpadanan dengan tema maulidur rasul pada tahun ini iaitu 'Kesatuan Ummah Asas Kesejahteraan Negara'


Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong telah diadakan Mesyuarat Agung Badan Khairat Kematian Felda Redong Satu Kali Ke- 29 sesi tahun 2018 - 2019 dirasmikan oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Alam Sekitar, Penerangan dan Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim.

Mesyuarat Agung Badan Khairat Kematian Felda Redong ini telah diadakan bagi pemilihan baru bagi ahli jawatankuasa untuk tempoh 2018 hingga 2019. Selain itu pembentangan minit mesyuarat yang lalu serta penyata kewangan serta isu-isu berbangkit juga telah dibincangkan pada petang tersebut.

Kehadiran amat menggalakkan dari ahli persatuan dan mereka yang hadir pada kali ini diberikan sekampit beras 5 kg setiap orang.


Majlis Kemuncak Program Mini Kejar SPRM Johor Bersama DUN Kemelah telah berlangsung pada 24 November 2017 di SK Felda Redong anjuran bersama SPRM Johor dengan Pengurusan Felda Redong, JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong, MBFM Felda Redong dan KAF Felda Redong. Untuk program ini berlangsung semalam dua hari dari 23 November 2017 lagi di Masjid Nurul Falah Felda Redong. Pada 23 November 2017 telah diadakan majlis gotong royong bagi menyediakan majlis makan sekampung kemudian di susuli dengan Forum Perdana.

YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat telah  merasmikan Taman Rekreasi Felda Redong

Pada 24 November 2017, program dimulakan dengan program 10 ribu langkah disekitar perkampungan Felda Redong. Selain itu juga, telah berlangsungnya perasmian Taman Rekreasi Felda Redong, sumbangan dari YB Datuk Ayub Bin Rahmat yang diperolehi dari Presiden Angkat Berat Malaysia yang mana terdapat 8 peralatan senaman yang boleh meningkatkan tahap kecergasan.

Selepas perasmian di Taman Rekreasi Felda Redong telah diadakan sukaneka diantara penduduk setempat yang terdiri dari pelbagai NGO di Felda Redong seperti JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong, MBFM Felda Redong serta KAF Felda Redong tidak ketinggalan staff dari SK Felda Redong dengan  SPRM Johor dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor secara tidak langsung dapat lagi mengeratkan hubungan diantara satu sama lain yang diadakan di padang SK Felda Redong.

YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat dan YBhg Dato Hj Azmi Alias, Pengarah SPRM Johor menurun tandatangan sebagai simbolik majlis penutupan.

Majlis Kemuncak Program Mini Kejar SPRM Johor Bersama DUN Kemelah telah berlangsung setelah tamat sukaneka. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah dan turut hadir juga Dato Hj Azmi Alias Pengarah SPRM Johor . 

Gambar disini