Majlis Kemuncak Program Mini Kejar SPRM Johor Bersama DUN Kemelah telah berlangsung pada 24 November 2017 di SK Felda Redong anjuran bersama SPRM Johor dengan Pengurusan Felda Redong, JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong, MBFM Felda Redong dan KAF Felda Redong. Untuk program ini berlangsung semalam dua hari dari 23 November 2017 lagi di Masjid Nurul Falah Felda Redong. Pada 23 November 2017 telah diadakan majlis gotong royong bagi menyediakan majlis makan sekampung kemudian di susuli dengan Forum Perdana.

YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat telah  merasmikan Taman Rekreasi Felda Redong

Pada 24 November 2017, program dimulakan dengan program 10 ribu langkah disekitar perkampungan Felda Redong. Selain itu juga, telah berlangsungnya perasmian Taman Rekreasi Felda Redong, sumbangan dari YB Datuk Ayub Bin Rahmat yang diperolehi dari Presiden Angkat Berat Malaysia yang mana terdapat 8 peralatan senaman yang boleh meningkatkan tahap kecergasan.

Selepas perasmian di Taman Rekreasi Felda Redong telah diadakan sukaneka diantara penduduk setempat yang terdiri dari pelbagai NGO di Felda Redong seperti JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong, MBFM Felda Redong serta KAF Felda Redong tidak ketinggalan staff dari SK Felda Redong dengan  SPRM Johor dan Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Johor secara tidak langsung dapat lagi mengeratkan hubungan diantara satu sama lain yang diadakan di padang SK Felda Redong.

YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat dan YBhg Dato Hj Azmi Alias, Pengarah SPRM Johor menurun tandatangan sebagai simbolik majlis penutupan.

Majlis Kemuncak Program Mini Kejar SPRM Johor Bersama DUN Kemelah telah berlangsung setelah tamat sukaneka. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YB Datuk Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah dan turut hadir juga Dato Hj Azmi Alias Pengarah SPRM Johor . 

Gambar disini