Pada 22 Februari 2017 yang lalu, komuniti Felda Redong telah menerima kunjungan daripada Ahli Panel Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) Peringkat Wilayah Segamat bagi menilai sama ada Felda Redong layak untuk bertanding sekali lagi pada tahun ini di dalam pertandingan Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) yang mana sudah menjadi kelaziman pemenangnya diumumkan pada sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan nanti.

 

Sambutan komuniti setempat ketika Penilaian Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF)

 

Sebenarnya, Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) telah diumumkan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia sewaktu pelancaran Program Keceriaan Kawasan Kampung FELDA di FELDA Chini Timur 3 pada 2 September 2007. Program ini adalah untuk menukar wajah perkampungan FELDA menjadi satu komuniti taman dan menjadikan warga peneroka sebagai komuniti contoh masyarakat luar bandar.Anugerah Keceriaan Kawasan Kampung FELDA setiap tahun menawarkan hadiah RM1 juta. Setiap peneroka di rancangan yang memenangi anugerah akan menerima RM1,000 manakala bakinya akan digunakan untuk projek yang bersesuaian.

  

Gambaran kenangan komuniti setempat bersama ahli panel

 

Juri pemilihan rancangan terbaik adalah panel bebas yang terdiri daripada golongan profesional dan berwibawa dalam pelbagai bidang yang berkaitan seperti perancangan bandar, arkitek, jurutera, landskap dan sebagainya.Kriteria penilaian termasuklah kebersihan dan keindahan rumah peneroka, edible garden, lanskap, kawasan perniagaan, penggunaan kawasan kosong, bangunan pejabat, kuarters kakitangan awam, bangunan dan kawasan kegunaan awam. Kriteria ini juga menilai tahap kebersihan dan susun atur keseluruhan kawasan perkampungan, keceriaan, kualiti hidup komuniti rancangan serta kawalan keselamatan.

  

Ahli panel juga berkunjung dan melawat pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang terdapat di Felda Redong

 

Ahli Panel Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) Peingkat Wilayah Segamat terlebih dahulu mendengar penerangan mengenai Felda Redong dari En Rosli Bin A.Majid, pengurus Felda Redong dan diikuti dengan soal jawap. Kemudian, Ahli Panel Anugerah Keceriaan  FELDA (AKKF) telah mengelilingi kawasan perkampungan Felda Redong dan juga telah singgah di beberapa buah rumah serta ladang yang terdapat di Felda Redong.


Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat rancangan Felda Redong telah diadakan pada 10 Januari 2017, Selasa bertempat di Dewan Solat, Masjid Nurul Falah Felda Redong.

      

Sambutan ini merupakan kerjasama dengan ahli gabungan badan-badan NGO yang terdapat di Felda Redong di antaranya Pengurusan Felda Redong, Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong, SK Felda Redong, Sekolah Agama Felda Redong, JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong dan lain-lain yang diadakan secara gotong royong. Majlis sambutan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim di dalam ahli kariah Felda Redong

   

Sambutan ini dimulakan dengan majlis perarakan dan selawat bermula di SK Felda Redong ke Masjid Nurul Falah, Felda Redong. Majlis ini turut diserikan dengan alunan bacaan ayat Al-Quran yang disampikan oleh Puan Norsahadah Binti Mohamad, Johan Qariah Negeri Johor dan juga persembahan dari pelajar SK Felda Redong.

     

Ceramah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 2017 disampaikan oleh As-Sheikh Haji Bahrin Bin Jalal, Kadhi Daerah Segamat yang  bertajuk Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah.

    

Majlis penutup Sambutan Maulidur Rasul SAW 2017 Peringkat Rancangan Felda Redong telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tn Hj Anuar Bin Abd Manap, Ahli Parlimen Sekijang merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang.


MAJLIS PENGURUSAN KOMUITI KAMPUNG

(MPKK) FELDA REDONG 1

Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Redong 1 ditubuh semenjak Felda Redong dibuka pada tahun 1982 lagi dan pada awalnya dikenali sebagai Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Ia merupakan salah satu institusi yang menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran kerajaan yang juga penting.  Dengan erti kata lain, ia membantu dalam pembangunan negara.  Penubuhan badan ini adalah selaras dengan konsep pengasingan dan pengurusan yang telus (good governance), di mana idea-idea yang konstruktif di peringkat akar umbi dapat disalurkan  melalui daerah, negeri dan negara juga melalui badan-badan yang ditubuhkan di semua peringkat berkenaan.

AHLI JAWATANKUASA  KEMAJUAN DAN  KESELAMATAN RANCANGAN

 (JKKR) FELDA REDONG 1

BIL

NAMA

JAWATAN

1

ROSLI BIN A MAJID

PENGURUS FELDA

2

HJ SARIAN BIN KINTING

KETUA PENEROKA

3

MOHAMAD BIN LEMAN

SETIAUSAHA

4

MOHD PARJAN BIN SAKIYO

BENDAHARI

5

MD AZIZ BIN AWAL

PENGERUSI BIRO LADANG

6

ABD LATIF BIN DAHLAN

PENGERUSI BIRO SOSIAL DAN KECERIAAN

7

TUAN HJ NOH BIN HOSNAN

PENGERUSI PENDIDIKAN

8

SAIM BIN NASRAN

PENGERUSI BIRO EKONOMI

9

ARMAN BIN ABDULLAH

KETUA BLOK

10

PIEE BIN ABD KADIR

KETUA BLOK

11

MD NOOR BIN ABU BAKAR

KETUA BLOK

12

JAFFAR BIN BAKRI

KETUA BLOK

13

MOHD IYNI BIN HJ SALLEH

KETUA BLOK

14

MOHD ITHNIN BIN KAMSIN

KETUA BLOK

15

MD DARDAK BIN TUKIMAN

KETUA BLOK

16

TOHID BIN JAIS

KETUA BLOK

17

HJ A RAHIM BIN ALIMAN

KETUA BLOK

18

DAHKIMAU BIN SOHKEROMU

KETUA BLOK

19

HJ ROBAIN BIN HJ LOD

KETUA BLOK

20

SULAIMAN BIN MANI

KETUA BLOK

21

GANTI BIN HAKIM

KETUA BLOK

22

OTHMAN BIN A GHANI

KETUA BLOK

23

RAKIJAN BIN PAHING

KETUA BLOK

24

HJ AMAT BIN NGADIMAN

KETUA BLOK

25

MD AZIZ BIN AWAL

KETUA BLOK

26

ISMAIL BIN DAUD

KETUA BLOK

27

HJ HAMSAN BIN ABD GHANI

KETUA BLOK

28

RAMAN BIN JOHARI

KETUA BLOK

29

ABU SAMAT BIN ISMAIL

KETUA BLOK

30

SARJI BIN SAGIMAN

KETUA BLOK

FUNGSI MPKK FELDA REDONG

  • Badan perunding penduduk yang berhubung rapat dengan pentadbiran daerah di dalam menyalur, menyelaras dan mengurus hal-ehwal kemajuan dan masalah-masalah sosial, ekonomi dan kebajikan penduduk.
  • Badan tertinggi yang bertanggungjawab mempertingkatkan kegiatan-kegiatan pembangunan masyarakat kampung, di samping menyelaras program-program anjuran badan-badan yang terdapat di kampung.
  • Sebagai majlis permesyuaratan di peringkat kampung yang bertanggungjawab merancang, melaksana, mengawas, dan menilai kegiatan-kegiatan sosial, ekonomi dan kebajikan penduduk dan keluarga demi menjamin kualiti kehidupan masyarakat tempatan dan generasi seterusnya yang sempurna.
  • Memupuk dan mengekalkan semangat "Tindak Mesra" di antara penduduk dengan pentadbiran Kerajaan Negeri dalam usaha mewujudkan masyarakat yang bersatu-padu, harmoni dan sejahtera.
  • Merancang dan mengkaji bentuk dan jenis latihan yang diperlukan anggota MPKK, sebagai langkah mempertingkatkan prestasi dan mutu pentadbiran MPKK.
  • Menerapkan nilai-nilai pembangunan kebendaan dan kerohanian di kalangan penduduk dan keluarga di samping mengamal serta melaksanakan kegiatan-kegiatan pembangunan yang berteraskan konsep pembentukan masyarakat.
  • Mengendali dan menguruskan pentadbiran sosio-ekonomi, kebajikan, kemasyarakatan dan kebersihan persekitaran perkampungan.
  • Mengawalselia perbelanjaan biro-biro yang diwujudkan

     

     

                                           Mesyuarat Bulanan MPKK Felda Redong .