Pada 22 Februari 2017 yang lalu, komuniti Felda Redong telah menerima kunjungan daripada Ahli Panel Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) Peringkat Wilayah Segamat bagi menilai sama ada Felda Redong layak untuk bertanding sekali lagi pada tahun ini di dalam pertandingan Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) yang mana sudah menjadi kelaziman pemenangnya diumumkan pada sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan nanti.

 

Sambutan komuniti setempat ketika Penilaian Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF)

 

Sebenarnya, Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) telah diumumkan oleh Y.A.B. Timbalan Perdana Menteri Malaysia sewaktu pelancaran Program Keceriaan Kawasan Kampung FELDA di FELDA Chini Timur 3 pada 2 September 2007. Program ini adalah untuk menukar wajah perkampungan FELDA menjadi satu komuniti taman dan menjadikan warga peneroka sebagai komuniti contoh masyarakat luar bandar.Anugerah Keceriaan Kawasan Kampung FELDA setiap tahun menawarkan hadiah RM1 juta. Setiap peneroka di rancangan yang memenangi anugerah akan menerima RM1,000 manakala bakinya akan digunakan untuk projek yang bersesuaian.

  

Gambaran kenangan komuniti setempat bersama ahli panel

 

Juri pemilihan rancangan terbaik adalah panel bebas yang terdiri daripada golongan profesional dan berwibawa dalam pelbagai bidang yang berkaitan seperti perancangan bandar, arkitek, jurutera, landskap dan sebagainya.Kriteria penilaian termasuklah kebersihan dan keindahan rumah peneroka, edible garden, lanskap, kawasan perniagaan, penggunaan kawasan kosong, bangunan pejabat, kuarters kakitangan awam, bangunan dan kawasan kegunaan awam. Kriteria ini juga menilai tahap kebersihan dan susun atur keseluruhan kawasan perkampungan, keceriaan, kualiti hidup komuniti rancangan serta kawalan keselamatan.

  

Ahli panel juga berkunjung dan melawat pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS) yang terdapat di Felda Redong

 

Ahli Panel Anugerah Keceriaan Kampung FELDA (AKKF) Peingkat Wilayah Segamat terlebih dahulu mendengar penerangan mengenai Felda Redong dari En Rosli Bin A.Majid, pengurus Felda Redong dan diikuti dengan soal jawap. Kemudian, Ahli Panel Anugerah Keceriaan  FELDA (AKKF) telah mengelilingi kawasan perkampungan Felda Redong dan juga telah singgah di beberapa buah rumah serta ladang yang terdapat di Felda Redong.