Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat rancangan Felda Redong telah diadakan pada 10 Januari 2017, Selasa bertempat di Dewan Solat, Masjid Nurul Falah Felda Redong.

      

Sambutan ini merupakan kerjasama dengan ahli gabungan badan-badan NGO yang terdapat di Felda Redong di antaranya Pengurusan Felda Redong, Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong, SK Felda Redong, Sekolah Agama Felda Redong, JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong dan lain-lain yang diadakan secara gotong royong. Majlis sambutan ini secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim di dalam ahli kariah Felda Redong

   

Sambutan ini dimulakan dengan majlis perarakan dan selawat bermula di SK Felda Redong ke Masjid Nurul Falah, Felda Redong. Majlis ini turut diserikan dengan alunan bacaan ayat Al-Quran yang disampikan oleh Puan Norsahadah Binti Mohamad, Johan Qariah Negeri Johor dan juga persembahan dari pelajar SK Felda Redong.

     

Ceramah pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW 2017 disampaikan oleh As-Sheikh Haji Bahrin Bin Jalal, Kadhi Daerah Segamat yang  bertajuk Ukhuwah Islamiah Asas Penyatuan Ummah.

    

Majlis penutup Sambutan Maulidur Rasul SAW 2017 Peringkat Rancangan Felda Redong telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tn Hj Anuar Bin Abd Manap, Ahli Parlimen Sekijang merangkap Naib Ketua UMNO Bahagian Sekijang.