YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah telah melancarkan  Program Johor Future Home Peringkat DUN Kemelah 2017 dan Program Sentuhan Kasih anjuran Institut Latihan Jururawat Segamat dengan kerjasama pihak Pengurusan Felda Redong dan JKKR Felda Redong. 2 program ini telah digabungkan kerana mempunyai kumpulan sasaran yang sama iaitu lawatan ke rumah pesakit kronik.

 

Program Sentuhan Kasih ILKKM Segamat ini merupakan dibawah kendalian Institut Latihan Jururawat Segamat, Pejabat Kesihatan Segamat dan juga Pengurusan Felda Redong serta JKKR Felda Redong. Manakala Johor Future Home peringkat DUN Kemelah 2017 pula dikelolakan oleh Sukarelawan Darul Takzim, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Segamat, Majlis Belia Daerah Segamat,  JOYDEC Daerah Segamat serta Pengurusan Felda Redong.Majlis perasmian telah diadakan di Masjid Nurul Falah Felda Redong pada 10 November 2017(Jumaat) yang lalu.

Program Sentuhan Kasih ILKKM Segamat dan juga Johor Future Home DUN Kemelah telah dimulakan dengan program 10 ribu langkah pada pukul 7.00 pagi. Diikuti dengan  masjlis perasmian oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah dan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf. Kemudian disusuli dengan lawatan ke rumah pesakit kronik dan Johor Future Home di komuniti Felda Redong

 

Selain itu, turut diadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar Masjid Nurul Falah Felda Redong dan memasak bubur lambuk. Secara amnya, kedua-dua program ini dapat menyemarakkan lagi semangat budaya kesukarelaan di kalangan masyarakat dan memperkasa MUAFAKAT JOHOR sehingga ke akar umbi.

Acara penutup program ini  diakhiri dengan ceramah agama yang bermula pada pukul 2.00 petang selepas solat jumaat. Ceramah agama  yang bertajuk Mencari Kerahmatan Dalam Kehidupan telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Salam, Pejabat Agama Daerah Segamat. 

Gambar Disini


 

Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong telah diadakan satu Majlis Sambutan Aidilfitri dan juga meraikan bakal-bakal haji dan hajah 2017.Majlis ini berlangsung pada 13 Julai 2017 (khamis) bersamaan dengan 19 Syawal 1438M bermula dari pukul 11.30 pagi sehingga 3.30 petang.

 

Majlis kali ini merupakan gabungan NGO yang terdapat di Felda Redong iaitu Pengurusan Felda & FTP, JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong, Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong, KAF Felda Redong, RELA, Masjid Nurul Falah Felda Redong, D'Mart, Badan Kebajikan Khairat Kematian Felda Redong, PIBG Sekolah Rendah Felda Redong serta Koperasi Felda Redong.

 

Sudah menjadi tradisi dan kelaziman di Felda Redong setiap tahun akan mengadakan 2 program gabungan dalam satu majlis iaitu sambutan Hari Raya Peringkat Rancangan dan juga meraikan bakal-bakal haji dan hajah pada tahun ini. Sambutan ini turut dihadiri oleh YB Anuar Bin Manap, Ahli Parlimen Sekijang.


Tanggal 17 Jun 2017, Sabtu telah diadakan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan 2017 yang dihadiri  YB Datuk Ayub Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemelah telah menjayakan program tersebut.

 

Turut hadir  YB Anuar Abd Manap, Ahli Parlimen Sekijang meluangkan masa menghadiri majlis ini yang  berlangsung di Masjid Nurul Falah, Felda Redong.  Program anjuran bersama pihak Pengurusan Felda Redong serta badan Masjid Nurul Falah Felda Redong.

 

Majlis sambutan ini telah bermula pada sebelah petang dengan pemberian sumbangan kepada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim dan anak istemewa di kalangan komuniti Felda Redong. Selain itu juga, sumbangan turut diberikan kepada orang Islam dari perkampungan Orang Asli Segamat Kecil. Kemudian diikuti dengan berbuka puasa bersama, sembahyang berjemaah bagi solat maghrib dan isyak serta solat terawih.


   

Selasa, 11 April 2017 satu program lawatan ahli panel Anugerah Kecerian Kampung Felda (AKKF) dari  ibu pejabat FELDA telah mengunjungi dan mengadili sama  Felda Redong 1 layak untuk ke pusingan seterusnya. Ketibaan panel-panel kali ini telah diselitkan dengan pelbagai acara bagi mengisi aktiviti di dalam program tersebut. Persembahan kebudayaan iaitu kuda kepang telah ditontonkan ketika jamuan sarapan pagi sebelum ahli panel mendengar pembentangan daripada pihak pengurusan Felda Redong dan juga soal jawab diantara ahli panel dari ibu pejabat FELDA dengan pemimpinan komuniti Felda Redong.

   

Selain itu, acara memanah juga turut diadakan di dalam program kali ini yang berlangsung di tapak permainan awam Felda Redong. Dikesempatan ini juga, diadakan  pertandingan memanah.

   

Sambutan program lawatan ibu pejabat FELDA ini telah dijayakan dan dianjurkan oleh Pengurusan Felda Redong dengan dibantu oleh JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong, RELA Felda Redong, Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong, SK Felda Redong serta Kami Anak Felda (KAF) Felda Redong. 

Didoakan semoga Felda Redong mara ke peringkat seterusnya.