YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah telah melancarkan  Program Johor Future Home Peringkat DUN Kemelah 2017 dan Program Sentuhan Kasih anjuran Institut Latihan Jururawat Segamat dengan kerjasama pihak Pengurusan Felda Redong dan JKKR Felda Redong. 2 program ini telah digabungkan kerana mempunyai kumpulan sasaran yang sama iaitu lawatan ke rumah pesakit kronik.

 

Program Sentuhan Kasih ILKKM Segamat ini merupakan dibawah kendalian Institut Latihan Jururawat Segamat, Pejabat Kesihatan Segamat dan juga Pengurusan Felda Redong serta JKKR Felda Redong. Manakala Johor Future Home peringkat DUN Kemelah 2017 pula dikelolakan oleh Sukarelawan Darul Takzim, Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Segamat, Majlis Belia Daerah Segamat,  JOYDEC Daerah Segamat serta Pengurusan Felda Redong.Majlis perasmian telah diadakan di Masjid Nurul Falah Felda Redong pada 10 November 2017(Jumaat) yang lalu.

Program Sentuhan Kasih ILKKM Segamat dan juga Johor Future Home DUN Kemelah telah dimulakan dengan program 10 ribu langkah pada pukul 7.00 pagi. Diikuti dengan  masjlis perasmian oleh YB Datuk Hj Ayub Bin Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor merangkap ADUN Kemelah dan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf. Kemudian disusuli dengan lawatan ke rumah pesakit kronik dan Johor Future Home di komuniti Felda Redong

 

Selain itu, turut diadakan gotong royong membersihkan kawasan sekitar Masjid Nurul Falah Felda Redong dan memasak bubur lambuk. Secara amnya, kedua-dua program ini dapat menyemarakkan lagi semangat budaya kesukarelaan di kalangan masyarakat dan memperkasa MUAFAKAT JOHOR sehingga ke akar umbi.

Acara penutup program ini  diakhiri dengan ceramah agama yang bermula pada pukul 2.00 petang selepas solat jumaat. Ceramah agama  yang bertajuk Mencari Kerahmatan Dalam Kehidupan telah disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Salam, Pejabat Agama Daerah Segamat. 

Gambar Disini