Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong telah diadakan satu Majlis Sambutan Aidilfitri dan juga meraikan bakal-bakal haji dan hajah 2017.Majlis ini berlangsung pada 13 Julai 2017 (khamis) bersamaan dengan 19 Syawal 1438M bermula dari pukul 11.30 pagi sehingga 3.30 petang.

 

Majlis kali ini merupakan gabungan NGO yang terdapat di Felda Redong iaitu Pengurusan Felda & FTP, JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong, Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong, KAF Felda Redong, RELA, Masjid Nurul Falah Felda Redong, D'Mart, Badan Kebajikan Khairat Kematian Felda Redong, PIBG Sekolah Rendah Felda Redong serta Koperasi Felda Redong.

 

Sudah menjadi tradisi dan kelaziman di Felda Redong setiap tahun akan mengadakan 2 program gabungan dalam satu majlis iaitu sambutan Hari Raya Peringkat Rancangan dan juga meraikan bakal-bakal haji dan hajah pada tahun ini. Sambutan ini turut dihadiri oleh YB Anuar Bin Manap, Ahli Parlimen Sekijang.