Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 peringkat Rancangan Felda Redong telah diadakan pada 5 Julai 2018 (Khamis) di Dewan Serbaguna Felda Redong 1. Penganjuran kali ini melibatkan anjuran bersama Pengurusan Felda Redong, JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong, Persatuan Belia Felda Redong, KAF Felda Redong, BKKK Felda Redong serta Koperasi Felda Redong.

Konsep sambutan kali ini berbentuk gerai-gerai makanan yang diuruskan oleh NGO yang terdapat di Felda Redong. Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 bermula dari 11.30 pagi sehingga 3.00 petang yang telah dihadiri penduduk komuniti sendiri serta jemputan khas. Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri turut diserikan dengan kehadiran YB Dr Sulaiman Mohd Nor, Adun Kemelah.