Pada 7 November 2018 yang lalu, telah berlangsungnya Majlis Malam Jasamu Dikenang yang dikelolakan oleh Pengurusan Felda Redong dengan JKKR Felda Redong dengan bertemakan retro 60an dan 70an.

Majlis Malam Jasamu Dikenang bagi menghargai penglibatan dan sumbangan dari mantan ketua blok lelaki dan wanita dan Ketua JKKR Felda Redong serta ahli jawatankuasa badan-badan NGO yang lain seperti Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong dan KAF Felda Redong bagi sesi 2014 hingga 2018.

Majlis Malam Jasamu Dikenang ini dihadiri oleh mantan serta ahli perlantikan yang baru bagi  Ketua blok serta ahli jawatan kuasa badan-badan NGO yang lain. Majlis ini ibarat seperti majlis penyerahan tugas dari yang lama kepada yang baru serta dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan komuniti setempat.

Majlis Malam Jasamu Dikenang ini diisi dengan pelbagai persembahan dari badan -badan NGO yang terdapat di Felda Redong. Majlis Malam Jasamu Dikenang itu telah dirasmikan dan penyampaian sijil penghargaan oleh YB Sulaiman Bin Mohd Nor, ADUN Kemelah.