Pada 11 November 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tujuh kementerian serta pelbagai agensi lain melalui Psaukan Petugas Khas Denggi Peringkat Kementeruan mengambil inisatif mengadakan program "Gotong-royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat 2018" yang dijalankan di seluruh negara. Tindakan proaktif ini adalah kerana analisa Kementerian Kesihatan Malayisa (KKM) berdasarkan tren lima (5) tahun menunjukkan akan berlaku peningkatan kes Denggi pada akhir tahun ini. Selain itu, sejak (5)minggu kebelakangan ini, telah terdapat peningkatan 6% hingga 9% kes Denggi setiap minggu.
Bagi peringkat Daerah Segamat, Felda Redong menjadi tuan rumah untuk kempen Gotong-royong Mega 2.0 Perangi Aedes Peringkat Daerah Segamat 2018 anjuran bersama Pejabat Kesihatan Daerah Segamat dengan kerjasama Pengurusan Felda Redong. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Serbaguna Felda Redong dan dirasmikan oleh Tuan Hj Abdul Rahman Bin Salleh, Pegawai Daerah Segamat.
Program ini bermula pada pukul 7.30 pagi dengan dimulai dengan senamerobik disusuli dengan pembahagian kumpulan kecil untuk melakukan aktiviti gotong-royong. Selain itu juga terdapat pameran dari Pejabat Kesihatan Segamat mengenai Perangi Aedes. Matlamat program gotong-royong ini bertujuan untuk menceriakan dan memperindahkan lagi kawasan komuniti Felda Redong serta mewujudkan persekitan yang kondusif dan secara tidak langsung ia dapat mencegah wabak denggi daripada terus menular.
http://feldaredong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/jkkk/416-program-gotong-royong-mega-2-0-perangi-aedes-peringkat-daerah-segamat-2018#sigFreeId41d1669696