Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong telah berlangsungnya dua majlis di dalam satu masa yang sama pada 10 Mac 2019 yang lalu. Bagi sesi yang pertama telah diadakan majlis sambutan perpisahan En Shamsuddin staf Pejabat Felda Redong yang berpencen secara rasmi. Pengerusi majlis pada malam ini adalah Ustaz Muhammad Hadi Bin Mahruf. Majlis dimulakan dengan bacaan doa disusuli dengan ucapan terima kasih dari Tuan Haji Amat Jupri Bin Dakir, Timbalan Pengerusi JKKR Felda Redong merangkap Ketua Peneroka Felda Redong. Kemudian diikuti dengan ucapan yang diraikan iaitu En Shamsuddin dan majlis makan malam serta diiikuti dengan majlis penyampaian hadiah kepada Encik Shamsuddin untuk kenang-kenangan dari NGO yang terdapat di Felda Redong.
Seterusnya diadakan majlis penyampian watikah perlantikan kepada ketua-ketua blok lelaki dan wanita yang baru bagi sesi 2018/2021. Majlis telah disempurnakan oleh En Syarifuddin wakil daripada Pejabat Felda Redong kepada semua ketua-ketua blok lelaki dan wanita. Akhir majlis, telah diadakan majlis sesi bergambar bagi kenang-kenangan.
http://feldaredong.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/jkkk/483-majlis-perpisahan-dan-majlis-penyampian-watikah-perlantikan-ketua-blok#sigFreeId608d2e2179