Bertempat di Dewan Serbaguna Felda Redong telah berlangsungnya Majlis Perpisahan En Rosli Bin A. Majid, Pengurus Felda Redong. Majlis telah diadakan pada 6 Januari 2019 (Ahad) pada pukul 8.30 malam dianjurkan oleh Pihak JKKR Felda Redong dengan Pengurusan Felda Redong.

Jemputan bagi meraikan majlis perpisahan En Rosli A. Majid, Pengurus Felda Redong yang telah bersara wajib terdiri daripada NGO yang terdapat di Felda Redong seperti Badan Masjid Nurul Falah, BKKK Felda Redong, D'Mart Felda Redong, PEDi Felda Redong dan lain-lain lagi. Turut hadir bagi meraikan masjis tersebut adalah YB Dr Sulaiman Bin Mohd Nor, ADUN Kemelah.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk merakamkan jutaan terima kasih kepada En Rosli A Majid atas sumbangan dan penglibatan beliau di komuniti Felda Redong. Majlis Perpisahan Pengurus ini dimulakan dengan perarakan masuk oleh En Rosli A Majid diikiuti dengan makan malam dengan diiringi dengan persembahan. Kemudian disusuli dengan ucapan dari Tuan Haji Amat Jupri Bin Dakir, Ketua Peneroka merangkap Timbalan Pengerusi JKKR Felda Redong memberi ucapan terima kasih kepada Pengurus dan diikuti dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh Pengurusan Felda Redong. Selepas itu, ucapan daripada En Rosli A Majid, Pengurus Felda Redong dan disusuli dengan pemberian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan.