Fiesta Felda Redong telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 April 2018 dan 14 April 2018 yang berlangsung di sekitar Felda Redong iaitu di Dewan Serbaguna Felda Redong, Gelanggang Futsal Felda Redong dan Padang Awam Felda Redong. Fiesta Felda Redong 2018 ini telah dianjurkan oleh 4B Kawasan Sekijang, Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong dan JKKR Felda Redong.

Pada 13 April 2018 telah berlangsung pertandingan bola jaring di Dewan Serbaguna Felda Redong, petandingan futsal dan juga snooker. Pada sebelah malamnya, telah diadakan Majlis Ceramah Perdana Sempena Fiesta Felda Redong 2018 yang disampaikan oleh Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah.

Pada 14 April 2018 pula, dimulakan dengan aktiviti program 10 ribu langkah di perkampungan Felda Redong. Selain itu, Fun Ride 25km telah bermula dari Dewan Serbaguna Felda Redong dan penamatan di Padang Awam Felda Redong. Manakala bertempat di Padang Awam Felda Redong telah diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan terbuka, sukananeka, pertandingan masakan berasakan ikan tongkol serta gubahan bunga. 

Pameran dari pelbagai jabatan turut diadakan. Kaunter bergerak JPJ bagi pembayaran saman turut dibuka. Selain itu juga, pemberian minyak enjin motosikal percuma kepada komuniti setempat. Majlis kemuncak bagi Fiesta Felda Redong dengan pertandingan Battle Of The Band dan majlis perasmian penutupan telah dirasmikan oleh Yb Datuk Hj Ayub Bin  Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.

 


Bertempat di Nadya Corner telah diadakan Program Santai Wanita Muda pada 28 September 2017. Program ini turut dihadiri oleh Pegawai JASA dan juga wakil daripada pihak KEMAS.

Objektif diadakan program ini bagi membincangkan isu-isu semasa wanita muda yang terdapat di Felda Redong. Selain itu juga, bagi menjana idea bagi membuat aktiviti atau program yang boleh membantu sosio ekonomi wanita muda.

   

Sebenarnya , program ini merupakan program serampang dua mata yang mana pihak JASA dan KEMAS dapat menyampaikan info yang terkini dan bermanfaat kepada penduduk setempat. Selain itu, wanita muda di komuniti Felda Redong boleh bertanya segala permasalahan terus kepda pihak JASA dan juga KEMAS. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan diantara JASA dan KEMAS dengan penduduk setempat Felda Redong.

  

Aktiviti yang mengisi perjalanan program ini di antaranya taklimat dari JASA dan juga KEMAS, soal jawab diantara wanita muda Felda Redong dengan JASA dan KEMAS, cabutan bertuah dan juga jamuan ringan.


     

Pada 25 Februari 2017 (Sabtu), telah diadakan Bicara Usahawan, Sehari Bersama Usahawan Super yang dianjur oleh Kami Anak Felda (KAF) Felda Redong bertempat di Wisma Peneroka Felda Redong. Program ini mempunyai golongan sasaran yang khusus iaitu fokuskan kepada peniaga Industri kecil dan sederhana (IKS) Felda Redong

    

Program Bicara Usahawan, Sehari Bersama Usahawan Super kali ini telah menfokuskan kepada pemasaran dalam talian (online marketing) :_

  • email marketing
  • whatsapps marketing
  • telegram
  • website.

    

Panel untuk Program Bicara Usahawan, Sehari Bersama Usahawan Super dari MHN Network iaitu Tuan Nur Akmal dan juga Tuan Muhammad Nazrol Hisham.

 


SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA REDONG1

Persatuan Belia Felda Redong Satu, No Pendaftaran 2092/88 (Johor) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mula dicetuskan secara tidak rasmi oleh seorang peneroka pada tahun 1987. Digerakkan sebagai memenuhi aspirasi generasi muda akibat ketiadaan persatuan belia ketika itu, yang digerakkan secara berdaftar dengan sah di kawasan perkampungan Felda Redong Satu pada 10 Oktober 1988 .Persatuan Belia Felda Redong Satu secara sah mendapat sijil pendaftaran daripada Pendaftar Pertubuhan dengan nombor bilangan 2092 / 88 (Johor) yang beralamat Balairaya Felda Redong Satu, 85300 Labis, Segamat, Johor, pada 16 Ogos 2009. Pertubuhan Belia telah ditukar nama kepada Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong secara sah dengan nombor pendaftaran PPBM 0004-3072/09 pada tarikh 22 April 2009.

CARTA ORGANISASI PERSATUAN BELIA (MBFM)

FELDA REDONG 1 SESI 2014/2015

PENGERUSI

MOHD FAIRUZ BIN SARIAN

TIMBALAN PENGERUSI 1

MOHD SHARIF BIN PAIRAN

TIMBALAN PENGERUSI 2

SITI MASRIMAHWATI BINTI MASRI

SETIAUSAHA

MOHD ZAKI BIN MASBAR

BENDAHARI

SITI NORLAILA BINTI MOTER

PENOLONG BENDAHARI

MOHD HAIRIE BIN SANI

AHLI JAWATANKUASA

HAFIZUDIN BIN HATA

ABDULLAH BIN MD YATIM

NOR AZWAN BIN NANI

MOHD ZYAIRE BIN MUSTARI

SITI NORHANA BINTI MAD NOOR

NURAIN BINTI SAMADI

ROZALI BIN MOHAMAD

OBJEKTIF PENUBUHAN

  • Menyatupadukan belia dan beliawanis yang berumur 15 hingga 40 tahun di kawasan perkampungan Felda Redong Satu.
  • Memperbaiki rohani dan jasmani serta meningkatkan akhlak dan ikhtisas belia dan beliawanis serta menanamkan semangat kasih sayang dan taat setia kepada raja, bangsa dan negara.
  • Memperbaiki semangat persahabatan dan kesefahaman antara belia dan beliawanis dengan tidak mengira bangsa dan agama
  • Menggalakkan belia dan beliawanis bertanggungjawab dalam hal ehwal tatanegara dan kemasyarakatan dengan mengambil peranan yang berguna dalam masyarakat .
  • Mengambil peranan atau bahagian dalam apa jua peranan yang berguna serta rancangan pembangunan dan kebajikan yang memberi faedah kepada belia dan beliawanis serta masyarakat .
  • Bagi memenuhi hasrat tersebut, belia dan beliawanis perlu aktif dalam merebut peluang, merencana aktiviti masa depan dan mengumpul jana kekuatan sumber manusia, ekonomi mahupun daya interlektual dan kreativiti .

      

                   Gotong royong dikawasan Tadika KEMAS dan Balairaya Felda Redong

       

                                                           Kelas mendeko kek

      

      

             Perkhidmatan kendarat di majlis rasmi, perkahwinan serta yasin

Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong 1 juga menawarkan perkhidmatan kendarat bagi majils-majlis rasmi, perkahwinan serta yasin di kawasan Felda Redong dan juga kawasan berhampiran.   Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM20 bagi satu pelayan. Waktu bertugas bagi majlis kendarat bermula dari pukul 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Bagi yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kendarat ini boleh menghubungi Kak Wati (011-16149005) atau Kak Nor (016-7307799)