Fiesta Felda Redong telah berlangsung selama dua hari iaitu pada 13 April 2018 dan 14 April 2018 yang berlangsung di sekitar Felda Redong iaitu di Dewan Serbaguna Felda Redong, Gelanggang Futsal Felda Redong dan Padang Awam Felda Redong. Fiesta Felda Redong 2018 ini telah dianjurkan oleh 4B Kawasan Sekijang, Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong dan JKKR Felda Redong.

Pada 13 April 2018 telah berlangsung pertandingan bola jaring di Dewan Serbaguna Felda Redong, petandingan futsal dan juga snooker. Pada sebelah malamnya, telah diadakan Majlis Ceramah Perdana Sempena Fiesta Felda Redong 2018 yang disampaikan oleh Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah.

Pada 14 April 2018 pula, dimulakan dengan aktiviti program 10 ribu langkah di perkampungan Felda Redong. Selain itu, Fun Ride 25km telah bermula dari Dewan Serbaguna Felda Redong dan penamatan di Padang Awam Felda Redong. Manakala bertempat di Padang Awam Felda Redong telah diadakan pertandingan mewarna kanak-kanak dan terbuka, sukananeka, pertandingan masakan berasakan ikan tongkol serta gubahan bunga. 

Pameran dari pelbagai jabatan turut diadakan. Kaunter bergerak JPJ bagi pembayaran saman turut dibuka. Selain itu juga, pemberian minyak enjin motosikal percuma kepada komuniti setempat. Majlis kemuncak bagi Fiesta Felda Redong dengan pertandingan Battle Of The Band dan majlis perasmian penutupan telah dirasmikan oleh Yb Datuk Hj Ayub Bin  Rahmat, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor.