Bertempat di Nadya Corner telah diadakan Program Santai Wanita Muda pada 28 September 2017. Program ini turut dihadiri oleh Pegawai JASA dan juga wakil daripada pihak KEMAS.

Objektif diadakan program ini bagi membincangkan isu-isu semasa wanita muda yang terdapat di Felda Redong. Selain itu juga, bagi menjana idea bagi membuat aktiviti atau program yang boleh membantu sosio ekonomi wanita muda.

   

Sebenarnya , program ini merupakan program serampang dua mata yang mana pihak JASA dan KEMAS dapat menyampaikan info yang terkini dan bermanfaat kepada penduduk setempat. Selain itu, wanita muda di komuniti Felda Redong boleh bertanya segala permasalahan terus kepda pihak JASA dan juga KEMAS. Program ini secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan diantara JASA dan KEMAS dengan penduduk setempat Felda Redong.

  

Aktiviti yang mengisi perjalanan program ini di antaranya taklimat dari JASA dan juga KEMAS, soal jawab diantara wanita muda Felda Redong dengan JASA dan KEMAS, cabutan bertuah dan juga jamuan ringan.