Sempena Sambutan Kemerdekaan ke 62 tahun, Pejabat FELDA Wilayah Segamat telah menganjurkan Pertandingan Rumah Merdeka FELDA Wilayah Segamat 2019 bagi memeriahkan dan menyemarakkan lagi semangat patriotisme di kalangan peneroka FELDA.

Pada 8 September 2019, telah berlangsung penyampaian hadiah kepada pemenang bagi Pertandingan Rumah Merdeka FELDA Wilayah Segamat 2019 yang disampaikan sendiri oleh Pengurus Besar FELDA Wilayah Segamat, Encik Razuwan Bin Che Rose.

Pertandingan julung kali diadakan ini mendapat sambutan menggalakan dari kalangan warga FELDA Wilayah Segamat. Juara disandang oleh Encik Khalison Bin Yusak dari FELDA Palong Timur 01 dengan jumlah like sebanyak 1500 like. Tempat kedua disandang oleh Encik Kapandi Bin Hanapiah dengan undian sebanyak 1300 like dari FELDA Redong. Tempat ke 3 dengan jumlah like sebanyak 781 like jatuh kepada Encik Tukiran Bin Idris dari FELDA Palong Timur 01.

Encik Razuwaan Bin Che Rose, Pengurus Besar FELDA Wilayah Segamat telah hadir dan melawat ke rumah pemenang di Felda Redong bagi pemenang tempat kedua bagi menyampaikan hadiah dan berbual mesra dan turut serta En Mazlan Bin Abd Khalid, Pengurus Felda Redong.