Pada tarikh 26 Jun 2019 (Rabu), satu program Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019 dan meraikan bakal Haji dan Hajjah dijayakan oleh Ahli Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felda Redong yang terdiri daripada pihak Pengurusan Pejabat Felda Redong, JKKR Felda Redong, GPW Felda Redong dan NGO di Felda Redong telah dilaksanakan dengan jayanya.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan baik antara pemimpin dengan penduduk setempat dan  agensi lain. Selain itu juga, program ini diadakan adalah untuk meraikan bakal haji dan hajjah yang terpilih untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Komuniti  Felda Redong, jemputan khas seperti Tadika KEMAS Felda Redong dan Sekolah Kebangsaan Felda Redong dan lain - lain telah hadir sama-sama meramaikan dan memeriahkan program tersebut. Program ini telah diadakan secara gotong royong bagi menyediakan juadah majlis serta persiapan tempat majlis berlangsung.

Program ini juga turut dihadiri oleh YB Dr Sulaiman Bin Md Noor, ADUN Kawasan Kemelah, YB Puan Hajah Natrah Binti Ismail, Ahli Parlimen Sekijang, Encik Razuwan Bin Che Rose, Pengurus Besar FELDA Wilayah Segamat serta En Mazlan Bin Abdul Khalid, Pengurus Felda Redong 1.