Majlis Iftar Ramadan FELDA Wilayah Segamat 2019 telah berlangsung di Masjid Nurul Falah, Felda Redong pada 27 Mei 2019 bersamaan dengan 22 Ramadan 1440H. Majlis dihadiri oleh Yang Berhormat Puan Hajah Natrah Binti Ismail, Ahli Parlimen Sekijang  bersama Yang Berhormat Dr Sulaiman Bin Mohd Nor, ADUN Kemelah. Turut hadir ke majlis tersebut Encik Kamasri Bin Mamat, Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti FELDA serta Encik Razuwan Bin Che Rose, Pengurus Besar FELDA Wilayah Segamat serta En Mazlan Bin Abdul Khalid, Pengurus Felda Redong 1.

Di kesempatan itu YB Dr Sulaiman  Bin Mohd Nor turut menyampai sumbangan duit raya kepada 27 orang anak yatim yang kurang kemampuan di dalam Felda Redong. Turut menyampaikan sumbangan, YB Puan Hajah Natrah BIn Ismail telah menyumbang barang keperluan asas serta wang tunai kepada 10 orang pesakit kronik di Felda Redong.

Kemudian disusuli dengan berbuka puasa bersama penduduk dan kariah masjid. Selepas itu diadakan solat maghrib secara berjemaah diikuti tazkirah ringkas bagi mengisi masa senggang sebelum diadakan solat isyak serta solat terawih.