Program Keluarga Sihat anjuran Bahagian Pendidikan Kemahiran KEMAS Parlimen Sekijang dengan kerjasama Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Redong telah diadakan pada 28 April 2019, Selasa di Wisma Peneroka Felda Redong.

Pelbagai pertandingan turut diadakan bagi mengisikan perjalanan Program Keluarga Sihat. Antara pertandingan yang telah dijalankan adalah seperti pertandingan rendang daging bersama pulut, pertandingan gubahan bunga, pertandingan kuih manis, pertandingan lipatan tuala serta pertandingan musang berjangut.

Penilaian pertandingan tersebut telah dinilai oleh Puah Hajah Naemah dari KEMAS Parlimen Sekijang. Melalui program ini dapat mengeratkan lagi hubungan komuniti Felda Redong dengan agensi KEMAS Parlimen Sekijang dan yang mana KEMAS juga telah memberi tunjuk ajar serta pendidikan kepada komuniti setempat.