Satu program gotong royong memasak dan agihan bubur lambuk yang telah dianjurkan oleh Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong  pada tarikh 2 Jun 2019 (Ahad) yang bermula gotong-royong memasak pada awal pagi sehingga penyerahan agihan bubur lambuk pada sebelah petangnya.

Program gotong royong memasak bubur lambuk ini dijalankan di Perkarangan Wisma Belia Felda Redong. Aktiviti memasak bubur lambuk merupakan aktiviti tahunan Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong yang bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan ahlinya.

Majlis pengagihan dan penyerahan bubur lambuk telah dilakukan oleh semua Ahli Jawatankuasa Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong di Perkarangan Wisma Belia Felda Redong dan sekitar perkampungan Felda Redong kepada penduduk Felda Redong. Turut juga diberikan kepada Masjid Nurul Falah Felda Redong untuk majlis berbuka puasa pada hari tersebut.