Memberi pengetahuan kepada umat Islam setempat mengenai pengurusan jenazah merupakan tuntutan fardhu kifayah dalam agama. Oleh yang demikian, Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Wanita pada 10 November 2018 (Sabtu) bertempat di Masjid Nurul Falah Felda Redong bermula dari jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahhari yang terdiri daripada belia dan wanita.

Antara objektif kursus pengurusan jenazah ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat Islam tentang kepentingan mengetahui cara pengurusan jenazah, kaedah pengurusan yang betul, memberi kesedaran serta memenuhi tuntutan fardhu kifayah dalam menjalani kehidupan seharian.

Pengisian program adalah berdasarkan sesi ceramah mengenai pengurusan jenazah, sebelum dan selepas berlakunya kematian. Bagi slot latihan dalam kumpulan (LDK) pula, peserta kursus diberi pendedahan awal tentang peralatan yang lazim digunakan dala pengurusan jenazah dan cara menggunakannya.

Tenaga pengajar bagi kursus pengurusan jenazah ini diketuai oleh Puan Hajah Rokiah Binti Rahmat dan dibantui dengan 3 orang lain yang sering kali menguruskan jenazah jika terdapat kematian di Felda Redong. Majlis penyampaian sijil penyertaan dan hadiah cenderhati kepada tenaga pengajar telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Hadi Bin Mahrof, SDA(U) Felda Redong.