Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong telah menganjurkan Karnival Muafakat Belia Felda Redong sempena sambutan Hari Sukan Negara yang telah diisytiharkan pada setiap hari sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Penyertaan pertandingan Karnival Muafakat Belia Felda Redong terbahagi kepada 2 kategori iaitu  terbuka kepada semua warga Felda Redong yang berusia 50 tahun ke bawah (kategori terbuka) dan  50 tahun ke atas (kategori veteran) bagi lelaki dan wanita.

Karnival ini telah berlangsung pada 6 dan 20 November 2018 iaitu pada hari sabtu minggu pertama dan ketiga. Pada 6 November 2018(Sabtu) telah diadakan pertandingan bola jaring di Dewan Serbaguna Felda Redong  dan sepak takraw di Wisma Belia Felda Redong.

Bagi pertandingan bola tampar dijalankan pada 20 November 2018 (Sabtu) telah berlangsung di dua lokasi yang berbeza. Bagi pertandingan bola tampar lelaki telah dijalankan di Wisma Belia dan manakala pertandingan bola tampar wanita telah berlangsung di gelanggang bola tampar SK Felda Redong.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh wakil rasmi YB Sulaiman Mohd Nor kepada semua pertandingan yang berlangsung pada 6 dan 20 November 2018 di Wisma Belia. Sesunggunhnya melalui karnival ini dapat mengeratkan hubungan silatulrahim di kalangan komuniti setempat. Selain itu, dapat menggalakkan komuniti setempat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif dan melalui penganjuran karnival ini dapat mengcungkil bakat terpendam yang mana boleh bertanding sukan ke peringkat seterusnya yang akan datang.