Program Solat Hajat Perdana sempena peperiksaan UPSR, PT3 dan SPM 2018 telah diadakan pada 19 September 2018 (Rabu) yang lalu. Program kali ini adalah dianjurkan secara bersama di antara Persatuan Belia (MBFM) Felda Redong, Badan Masjid Nurul Falah Felda Redong dan SK LKTP Redong bermula dari 6.00 petang di Masjid Nurul Falah Felda Redong.

Pengisian di dalam program ini juga diselitkan ceramah motivasi kepada peserta bagi memberikan kata-kata semangat serta perangsang kepada mereka yang menduduki peperiksaan bagi tahun ini. Selain itu juga diadakan bacaan yasin di selepas solat maghrib sementara menunggu solat isyak dan diikuti dengan solat hajat.

Program ini turut dihadiri Yb Dr Sulaiman Bin Mohd Nor, Adun Kemelah yang malah turut memberi kata-kata semangat kepada mereka menduduki peperiksaan pada tahun ini.