Pada 26 Februari 2018(Isnin) yang lalu telah berlangsungnya Majlis Akikah Perdana RM1 Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nurkasih Pemanis anjuran bersama Osman Goat Farm bersama Parlimen Sekijang dengan kerjasama Gabungan Pergerakan Wanita (GPW) Felda Redong di Masjid Nurul Falah Felda Redong.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Anuar Abdul Manap, Ahli Parlimen Sekijang, Puan Hajah Zaleha Binti Yahya, Pengerusi PDK Nurkasih dan Dr Khalid Jusoh, Ketua Pegawai Ekskutif Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT). Majlis telah dirasmikan oleh En Osman Bin Hj Cheya Kutty, CEO Osman Goat Farm.

Osman Goat Farm yang terletak di Kangkar Tebrau  telah melaksanakan program akikah RM 1 ini dari tahun 2013. Ia merupakan salah satu program yang merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang terhad kepada rakyat Johor yang beragama Islam yang melahirkan anak pada 12 Rabiaulawal sama ada di hospital kerajaan atau swasta.

Pada majlis akikah kali ini, seramai enam bayi yang dilahirkan pada 12 Rabiaulawal 1439hijrah atau bersamaan dengan 1 Disember 2017 di Hospital Segamat telah diraikan dalam program Akikah Perdana RM 1.

Segala persiapan sama ada penyediaan tempat dan makanan telah di bantu oleh GPW Felda Redong. Selain itu juga GPW Felda Redong juga telah mengadakan bacaan berzanji serta marhaban ketika berlangsungnya Majlis Akikah Perdana RM 1 itu.

Gambar disini