Sejarah - Johor

Asal usul perkataan Johor diambil dari perkataan Arab “Jauhar” yang bermaksud “Permata Berharga”. Pengaruh Arab jelas kelihatan di mana para pedagang dari Arab telah datang ke sini bagi menjalankan perniagaan rempah yang sememangnya terkenal pada suatu ketika dahulu. Johor juga dikenali sebagai Hujung Tanah atau “Gangganu” oleh orang-orang Siam yang bermaksud “Batu Permata”.

Pembukaan negeri Johor bermula pada awal kurun ke-16 apabila Melaka telah ditawan oleh Portugis. Sultan Mahmud Syah yang merupakan pewaris terakhir takhta kerajaan Melaka telah melarikan diri dan membuka kerajaan Johor. Pada waktu itu, Johor telah meluaskan empayarnya sehingga ke Riau.

Sejarah Johor moden bermula di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar. Baginda telah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1866 seterusnya memegang gelaran “Seri Maharaja Johor”. Sultan Abu Bakar telah memperkenalkan Perlembagaan Johor seterusnya membawa perubahan dalam pentadbiran negeri Johor yang lebih efisyen. Perpindahan pusat pentadbiran kerajaan Johor di Teluk Belanga ke Tanjung Puteri pada tahun 1841 memberi kesan yang positif kepada Johor terutamanya dari segi pembangunan. Pembinaan bangunan kerajaan, balai polis, masjid, mahkamah dan istana besar jelas membuktikan Sultan Abu Bakar berhak menerima gelaran sebagai “Bapa Pembangunan Johor”.

Kini, Johor yang disempadani oleh Melaka, Pahang dan Singapura merupakan salah sebuah negeri yang pesat membangun dan maju di Malaysia.

( Laman web: Portal Rasmi  Kerajaan  Negeri Johor.)

  

Sejarah - Segamat

Nama Segamat berasal dari ungkapan kata ‘segera amat’ atau ‘segar amat’. Kata-kata itu lahir dari mulut Bendahara Tepok dalam pelariannya ke hulu Sungai Muar setelah Melaka ditawan Portugis. Bendahara Tepok yang mengalami penyakit lumpuh terpaksa diusung ke perahu. Ketika sampai ke Lubuk Batu, menurut beliau, segera amat sampainya angkatan pengiring-pengiringnya ke tempat yang selamat, jauh dari ancaman Portugis. Oleh kerana pada hari itu cuaca agak panas, Bendaraha Tepok pun mandilah di situ. Kata Bendahara Tepok setelah mandi, “Segar amat rasa badan ini” kata-kata Bendahara Tepok ini menjadi sebutan ramai pengikutnya hingga kemudiannya menamakan petempatan yang mereka duduki dengan nama Segamat.

( Laman web: Portal Rasmi  Kerajaan  Negeri Johor.)

Sejarah - Labis

Labis dahulunya adalah gabungan beberapa buah kampung melayu di antaranya Kampung Paya Merah, Kampung Tenang dan Kampung Sg Gatom. Penduduk bersawah padi untuk mendapatkan beras sebagai sumber makanan utama disamping ternakan ayam dan itik kampung Terdapat sebuah ladang getah yang dibuka oleh penjajah Inggeris dikenali sebagaiNorth Labis Estate danbeberapa di sekitar Labis dan ladang Kelapa Sawit di Chaah telah membawa kepada kemasukan kaum India sebagai buruh di ladang.

Bandar Labis, pekan Chaah dan Bekok pula suatu masa dahulu adalah kawasan penempatan semula kaum cina semasa berlaku darurat,di mana kerajaan membina rumah-rumahtersusun untuk menempatkandari kawasan pendalaman dan hutan dari diburu atau dipengaruhi pengganas komunis pada masa itu. Dan ia semakin berkembang

(Laman web: Majlis Daerah Labis)

Sejarah  - Felda Redong

Nama Felda Redong 1 diambil sempena salah sebuah kampung yang terletak berhampiran dengan rancangan ini iaitu Kampung Redong. Jarak Felda Redong 1 ke Kampung Redong dianggarkan lebih kurang 6km.  Manakala jarak dari simpang Felda Redong 1 ke kawasan Kampung Felda Redong 1 adalah 7km. Lokasi Felda Redong 1 adalah terletak berhampiran jalan utama laluan dari Segamat ke Labis.

Felda Redong 1 dibangunkan pada penghujung tahun 1979. Manakala Felda Redong 1 telah dibuka pada tahun 1982 dan kemasukkan penduduk ke Felda Redong 1 secara berperingkat-peringkat. Jumlah penduduk Felda Redong 1 dianggarkan seramai 4,678 orang.  Seramai 600 orang dalam kalangan penduduk adalah terdiri daripada peneroka dan selebihnya dalam kalangan keluarga peneroka iaitu generasi ke-2 dan generasi ke-3. Penduduk di sini adalah 100% berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Felda Redong 1 telah menerima kemasukan peneroka bermula Mei 1982 secara berperingkat-peringkat sehingga Ogos 2004.  Luas kawasan Kampung Felda Redong 1 adalah 179.70 hektar.  Sejak penubuhan Felda Redong 1, seramai 11 orang pengurus telah silih berganti berkhidmat di Felda Redong 1.

          

          

                                              Kawasan perumahan di Felda Redong

Kawasan kebun yang diurus tadbir oleh Pengurusan Felda Redong 1 terdiri daripada tanaman utama, iaitu sawit mengikut pecahan berikut sebanyak 6 peringkat :

Peringkat

Jumlah Blok

Jumlah Peneroka

Keluasan Kebun (hektar)

1

13

298

1,101.31

2

5

123

454.80

3

3

76

293.96

4

8

175

675.78

5

Blok Felda

Tiada peneroka

90.17

6

Blok Felda

Tiada peneroka

28.35

Jumlah

29

672

2,644.37

     

      

     

                                                      Kawasan ladang Felda Redong.

Sehingga kini, Felda Redong 1 telah mempunyai pelbagai prasarana untuk kemudahan penduduk. Prasarana yang terdapat di Felda Redong 1 termasuklah sekolah rendah, sekolah agama, klinik desa, masjid, dewan serbaguna, wisma peneroka, pondok polis, balai raya, tabika, PDK dan pelbagai kemudahan lain.

Antara badan-badan peneroka yang terdapat di Felda Redong 1 ialah JKKR, GPW, Belia, badan masjid, badan khairat kematian, persatuan peniaga, koperasi dan RELA. Organisasi inilah yang bertanggungjawab untuk menjalankan segala aspek kemajuan dan pembangunan Felda Redong 1.

(Sumber:Maklumat Asas dan Profil Rancangan 2010)