Booth Salleh Pallet ketika di Karnival Usahawan  RISDA Peringkat Negreri Johor 2016 yang lalu.

Kayu palet yang dahulunya sering dibuang kini dimanfaatkan dan dikitar semula untuk dijadikan perabot serta perkakasan rumah mula mendapat tempat kepada pengusaha-pengusaha kedai dan pemburu perabot.

Peluang tersebut juga bijak dimanfaatkan oleh seorang tukang paip dan pendawaian di Bandar IOI , iaitu En Sallehuddin Masri apabila menggunakan krativitinya untuk menghasilkan produk daripada kayu palet terpakai bagi menambah pendapatan keluarganya. Perniagaan beliau amat dikenali sebagai SALLEH PALLET

 

 

Perabot pertama yang dihasilkan oleh Salleh Pallet

Encik Sallehuddin Masri mula menceburi aktiviti membuat palet ini pada Mac 2015 yang mana pada awalnya menjdai hobinya untuk mengisi masa lapang sahaja sekiranya tiada tempahan untuk kerja-kerja perpaipan dan pendawaian elektrik.

 

   

Antara perabot yang dihasilkan oleh Salleh Pallet

Produk yang pertama dihasilkan oleh En Sallehuddin Masri merupakan tempahan daripada seorang rakan di Jementah meminta En Sallehuddin Masri untuk membina sebuah rak bagi meletakkan barang perniagaanya dari kayu palet.

 

Ketika temuramah dari kami, Team Menarik Di Segamat

En Sallehuddin Masri memulakan perniagaan dengan modal permulaan yang rendah kira-kiran RM1000. Pelbagai jenis produk dihasilkan seperti rak kasut, pelamin, kotak hantaran, set kerusi dan meja serta pelbagai jenis rak dan almari.

 

Temuramah salah seorang pelanggan Salleh Pallet dari Team Menarik Di Segamat 

En Sallehuddin Masri sering kali mencari idea baharu dengan menggunakan internet bagi memastikan produk yang dihasilkan seiring dengan kehendak semasa selain turut mengambil tempahan mengikut reka bentuk yang disediakan pelanggan dan harga yang ditawarkan adalah berpatutaan bergantung kepada jenis bentuk dan rekaan.

Sebarang pertanyaan dan ingin menempah boleh menghubungi :-

 Alamat:

Salleh Pallet,

No 1 Jalan Putra 1/57, 

Bandar Putra,

85000 Segamat.

No Tel: 013-7382011/011-15959427 (En Sallehuddin Masri)

Facebook:Sallehuddin Masri.