PENGENALAN
Malaysia hampir berjaya memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Perkembangan ini memberi harapan kepada Malaysia untuk mencapai status hijau dan tersenarai sebagai negara bebas Covid-19 dalam sedikit masa lagi. Sehubungan itu pelbagai pelan pemulihan dan promosi dalam menjalani norma baharu giat dijalankan. Nasihat kerajaan supaya semua rakyat Malaysia mengambil langkah meningkatkan komitmen dalam aspek kawalan KENDIRI.
Justeru, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menganjurkan pertandingan mencipta Logo dan Tagline yang akan menjadi identiti simbolik Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 yang akan digunapakai dalam semua aktiviti promosi, pameran dan pencetakkan kempen ini.
OBJEKTIF PERTANDINGAN
- Mengajak masyarakat umum dalam menyemarakkan dan mengamalkan Kempen Kesedaran COVID-19.
- Peluang dan ruang bagi semua rakyat Malaysia di dalam dan di luar negara untuk sama-sama turut berkarya.
SYARAT DAN TERMA PERTANDINGAN
- Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 15 tahun ke atas kecuali keluarga dan ahli jawatankuasa penjurian pertandingan.
- Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Walau bagaimanapun, hanya satu logo dan tagline sahaja akan dipilih sebagai pemenang.
- Semua ciptaan mestilah asli dan tidak diceduk/ditiru/diciplak dari mana-mana logo dan tagline tempatan mahupun dari luar negara.
- Semua logo dan tagline yang diterima oleh urus setia pertandingan akan menjadi hak milik KKMM dan tidak akan dikembalikan.
- KKMM adalah berhak ke atas logo dan tagline yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi.
- Sila labelkan (namakan fail) penyertaan seperti berikut : "logocovid-19_(No. Bilangan Penyertaan)_(Nama Peserta).pdf" (contoh : logocovid-19_01_Ahmad.pdf)
- Semua penyertaan perlu e-mel kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN TAGLINE
- Logo dan tagline mestilah baharu dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak.
- Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga.
- Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/ciplak.
- Reka bentuk hendaklah dihasilkan di dalam lingkungan petak bersaiz A4 (ukuran 21cm x 29.7cm) berwarna putih dalam komputer grafik dalam bentuk softcopy menggunakan format PDF atau JPEG dengan resolusi minimum 1280 x 960 atau menggunakan perisian yang bersesuaian.
- Pereka hendaklah memberi rasional ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
- Reka cipta logo adalah bebas dan pilihan warna adalah tidak terhad.
- Konsep Kempen Kesedaran COVID-19 hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.
- Ciptaan tagline tidak melebihi 20 huruf dan dalam Bahasa Malaysia sahaja.
MAKLUMAN PENYERTAAN
Setiap peserta hendaklah mengisi maklumat yang lengkap dan jelas seperti berikut:
- Nama Penuh;
- Nombor Kad Pengenalan;
- Alamat Penuh;
- Nombor Telefon; dan
- Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy melalui e-mel (dalam format PDF atau jpeg).
- Penyertaan dibuka mulai 1 Julai 2020 (Rabu) hingga 10 Julai 2020 (Jumaat) sebelum pukul 12:00 tengah malam.
- Sebarang penyertaan yang diterima selepas 10 Julai 2020 tidak akan dilayan oleh pihak urus setia.
- Pastikan tajuk e-mel tertulis “Pertandingan Mencipta Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19”
- Segala kos penyertaan pertandingan atas tanggungan peserta.
- Logo dan Tagline Kempen Kesedaran COVID-19 akan dilancarkan pada akhir Julai 2020.
HADIAH PERTANDINGAN
- Pemenang akan dimaklumkan oleh pihak urus setia melalui telefon, surat atau e-mel.
- Hadiah pemenang:
- Tempat Pertama = RM5,000.00
- Tempat Kedua = RM3,000.00
- Tempat Ketiga = RM1,000.00
BORANG PENYERTAAN : BORANG PENYERTAAN